CSR: KHIDMAT BANTUAN KEPAKARAN DALAM PEMBINAAN TANGGA & DINDING BACKDROP
Program tersebut berlangsung pada 25-26 Oktober 2023 bertempat di PHT. Program ini telah dijayakan oleh seramai 10 orang pensyarah pakar dalam pertukangan kayu dari Jabatan Kejuruteraan Awam, PSMZA. Sebelum hasil kerja tersebut dipasang di PHT, proses² persediaan awal telah berlangsung selama 2 minggu di Bengkel Kerja Kayu, PSMZA di mana para pensyarah JKA memerah idea dan keringat bagi memastikan hasil kerja yang sempurna juga berkualiti. Program ini diketuai oleh En Mohd Shahrezal Abd. Hamid selaku pengarah program dan dibantu oleh En Izham, En Hilmei, En Mohd Firdaus, En Wan Nor Asma,En Hasrul Yanddi, En Khairul Nizam Kamaruddin, En Mohamad Khairi, En Wan Mohd Hakimin serta En Mohd Fadli. Program CSR berbentuk hands-on ini juga mampu memberikan peluang kepada para pensyarah yang terlibat untuk menambahkan lagi kemahiran membuat pelbagai jenis binaan lain terutamanya yang memerlukan binaan bersaiz besar dan pemasangan di tempat tinggi selain daripada menumpukan kepada aspek bahan binaan yang khusus, ketelitian kerja yang tinggi, tahan lasak, seiring dengan teknologi semasa serta mudah diselenggara. Proses pemasangan selama dua hari ini di PHT juga telah mencapai objektif kedua-dua pihak dalam menjalinkan kerjasama yang lebih akrab di antara institusi.