5.11.2023 - Sport Challenge JKA PSMZA
Telah berlangsung program tersebut pada 4 November 2023 bertempat di Beach Court De Futsal, Dungun. Ia merupakan program sukan anjuran Kelab Pelajar Kejuruteraan Awam (KPKA). Program ini disertai oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dan melibatkan wakil pelajar semester 1, 2, 3, 4 dan 5. Objektif utama program adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif dan berkebolehan mengelolakan aktiviti di luar waktu kuliah. Selain itu, program ini dilihat dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan pergaulan sihat di antara semua pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, PSMZA.
Majlis penyerahan hadiah kepada pemenang dan penutup kejohanan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Encik Mohd Shahrezal Abd Hamid dan diiringi Penasihat Kelab Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (KPKA), Puan Wan Noraida Wan Musa.