5.11.2023 - Program Dunia Elektrik & Elektronik @PSMZA
Program yang mendekati 155 orang pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah sekitar Daerah Dungun merasai pengalaman sebagai siswa siswi PSMZA bermula 3 hingga 5 November 2023. Ia hasil anjuran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Dungun.
Pelajar yang terlibat terdiri daripada 21 buah sekolah menengah sekitar daerah Dungun iaitu SMK Tengku Intan Zaharah, SMK(A) Kuala Abang, SMK Sultan Omar, SM(A) Sultan Ismail, SMK Seri Dungun, SMK Durian Mas, SMK Seri Paka, SMK Paka, SMK Sura, SMK Jerangau, SMK Ketengah Jaya, SMK Dato’ Engku Bijaya Sura, SMK Bukit Besi, SMK Kompleks Padang Jambu, SMK Teja Putra, SMK Pulau Serai, SMK Kompleks Rantau Abang, SMK Balai Besar, SMK Seri Rasau, SMK Padang Pulut dan SMK Jengal.
Dalam program ini, pelajar berpeluang menjalani hands-on di makmal untuk amali Wired Communication menghasilkan sambungan kabel dengan RJ45 menghubungkan komputer kepada router dan LAN dan Wireless Communication dengan menghubungkan robot melalui aplikasi Arduino Bluetooth Control pada telefon bimbit.
Pelajar berpeluang menginap di kamsis PSMZA, menjalani ibadah di Pusat Islam dan beriadah Dodgeball, Woodball, Bola Tampar dan Petanque di Kompleks Sukan PSMZA.
Diselitkan slot 'Bengkel Matematik di Hati' bersama 21 orang guru Pakar Matematik dari setiap Sekolah Menengah yang menyertai program ini, telah memberi impak, motivasi dan teknik – teknik penguasaan Matematik agar memperolehi keputusan cemerlang SPM 2023.
Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP) telah mengadakan FB live https://fb.watch/o4GIeeq4Rr/?mibextid=9R9pXO untuk mempromosikan kemasukan ke PolyCC.
Slot Robotic TVET Challenge: Program Dunia Elektrik dan Elektronik @PSMZA juga sangat mendapat sambutan dalam kalangan peserta.
Antara video promosi PolyCC dapat dilihat di link berikut https://vt.tiktok.com/ZSNDhX5Kx/ Teori Komunikasi.
Majlis penutupnya hari ini telah disempurnakan oleh YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Dan dalam ucapannya, beliau sangat berpuas hati dan menyaksikan sendiri kesungguhan peserta-peserta dalam mendalami ilmu elektrik dan elektronik yang dikongsikan selama tiga hari di PSMZA.