17.3.2023 - Program CSR TVET Khidmat Komuniti PSMZA & KV Dungun
Program tersebut telah dilaksanakan di Kg Dabong Jeli, Kelantan pada 15 - 17 Mac 2023. Program kolaborasi di antara PSMZA dan Kolej Vakasional Dungun itu telah melibatkan 40 orang pelajar, 20 pelajar PSMZA dan 20 pelajar KV Dungun serta enam orang pensyarah pengiring. Antara khidmat yang diberikan ialah membaikpulih pendawaian elektrik di rumah-rumah penduduk yang terpilih. Menurut pengarah programnya, Yaswadi Mat Yasim, berkata "Ini adalah CSR pertama berkolaborasi dengan KV Dungun, dan program ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang," ujarnya yang juga merupakan Pengurus Pembangunan Pelajar PSMZA. Majlis penutup program disempurnakan oleh ADUN Dabong, YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin. Hadir sama ialah Pengarah Kolej Vokasional Dungun, Tuan Haji Mohd Nazri Hashim. Dalam pada itu, Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman turut merasa bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan tersebut. Beliau dihubungi oleh Unit Komunikasi Korporat PSMZA lewat petang ini bagi mengulas berkenaan program tersebut.