20.3.2023 - Karnival Pemadanan Kerjaya
Program berlangsung di Dewan Dagang, PSMZA dengan kehadiran pengunjung dalam kalangan pelajar semester 5, alumni PSMZA dan orang ramai yang datang dari seluruh negeri Terengganu. Program anjuran PSMZA bersama PERKESO dan SRC Global itu berlangsung selama sehari bermula 8 pagi hingga 4.30 petang. Ia melibatkan 10 syarikat yang membuka kaunter untuk temuduga secara terbuka yang menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan. Antara syarikat yang terlibat ialah SRC Global Resources, TMM Engineering Services, HI-Freeze, Seri Dinamik Enginering, Lezzeti Empire, HRSB Engineering & Construction, Bank Simpanan Nasional, China Communication Construction (ECRL), AMJ Technique dan SIG Tech. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Hadir sama ialah Encik Mohd Sabri Ramli, Pengurus PERKESO Dungun dan Dato' Norhisham Mohd Arifin, CEO SRC Group. Turut hadir ialah Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). Berdasarkan statistik pengunjung yang menghadiri temuduga ialah 480 calon, 9 berjaya dan 232 berjaya dalam simpanan. Tahniah kepada semua.