27.3.2023 - Majlis Perhimpunan Bulanan PSMZA Bil. 3/2023 
Majlis tersebut diadakan di Dewan Dagang PSMZA dan kali ini Jabatan Matematik Sains Komputer menjadi urusetia. Selepas acara doa dan bacaan ikrar, puan Pengarah PSMZA, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman menyampaikan ucapan. Turut hadir ialah Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik dan Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Turut diselitkan di akhir majlis ialah penyampaian cenderahati kepada mereka yang memenangi acara dalam program Unit Pengurusan Psikologi & Kaunseling. Terima kasih kepada penganjur dan semua yang hadir.