4.4.2023 - Program Kesedaran Dalam Pencegahan Penyakit Demam Denggi & Kawalan Nyamuk Aedes
Jawatankuasa Keceriaan Bangunan dan Landskap PSMZA bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun telah mengadakan program kesedaran dalam pencegahan penyakit demam denggi dan kawalan nyamuk aedes di PSMZA pada 4 April 2023 (Selasa) bermula jam 8.15 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Gelanggang Futsal dan sekitar 5 zon kawasan PSMZA.
Program ini telah melibatkan seramai 68 orang Pekerja Kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan, AJK Pemantauan Keceriaan Bangunan dan Landskap serta wakil staf pentadbiran PSMZA.
Taklimat telah disampaikan oleh Dr Hj Ahmad Asri Ibrahim, Pegawai Perubatan & Kesihatan merangkap Ketua Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun. Turut hadir ialah Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Pengurus JK Keceriaan Bangunan & Landskap, Puan Adoraina Embong @Adanan dan Pegawai Eksekutif Tertinggi, Puan Sharifah Anisah Syed Othman
Objektif program ini adalah bagi mengurangkan densiti vektor utama demam denggi iaitu nyamuk aedes di kawasan kampus, serta meminimumkan risiko jangkitan virus denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran staf serta pekerja kontraktor kebersihan terhadap tahap kebersihan kawasan pejabat, bengkel, kamsis, kuarters dan kawasan persekitaran PSMZA.
Semoga PSMZA sentiasa berada di dalam persekitaran yang bersih, selamat dan bebas daripada risiko jangkitan penyakit demam denggi.