PENGENALAN

Secara amnya, Unit Pengurusan Asrama (UPA) ditubuhkan untuk menjaga segala kemudahan asas dan infrastruktur yang ada di Kolej Kediaman, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.  Ketua Unit Pengurusan Asrama dikenali sebagai Penolong Pengurus Asrama dan dibantu oleh 8 orang staf yang komited dan prihatin termasuk seorang Penolong Pegawai Perubatan untuk merawat kesihatan pelajar dan staf di PSMZA.

 Unit ini bertanggungjawab mengurus kemasukan pelajar ke bilik penginapan dan melaksanakan segala tugas berkaitan hal ehwal Kolej Kediaman dan kebajikan pelajar.  UPA  juga bertanggungjawab mengurus segala kelengkapan yang diperlukan bagi setiap bilik di Kolej Kediaman PSMZA.  Kemudahan asas yang disediakan di bilik pelajar adalah katil, tilam, meja belajar, lampu, almari, langsir dan kipas.  Manakala di setiap aras bangunan mempunyai bilik air dan tandas.  PSMZA juga menyediakan Kafeteria, Mini Koperasi, Pusat Islam dan Bilik Rekreasi

VISI

Menjadikan Kolej Kediaman sebagai pusat penginapan yang kondusif dalam melahirkan pelajar yang efision dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

 

MISI

Berusaha bersama mewujudkan suasana asrama yang selamat, tenteram dan selesa sebagai tempat tinggal dan tempat belajar yang harmoni.

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan tempat penginapan yang selesa dan selamat kepada para pelajar.
  2. Melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan dan cemerlang.
  3. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan.
  4. Memastikan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.

 

Unit Pengurusan Asrama mempunyai 9 orang kakitangan sebagaimana berikut :

1).      Penolong Pengurus Asrama N32 – 1 orang

2).      Penolong Jurutera JA29 – 2 orang

3).      Penolong Pegawai Perubatan U29 – 1 orang

4.)      Penyelia Asrama N22 – 1 orang

5).      Penyelia Asrama N19 (TBBK1 – N22) – 1 orang

6).      Pembantu Tadbir (P/O) N19 (TBBK1 – N22) – 3 orang

 

Kolej Kediaman PSMZA mempunyai 3 blok induk iaitu :

1).      Blok P

          -    Untuk Penghuni Perempuan sahaja

          -    Bilik Biasa 212 bilik x 2 orang = 424 orang

          -    Bilik extra 16 bilik x 2 orang    =  32 orang

          -    Bilik extra 4 bilik x 1 orang      =    4 orang

          -    Dorm – 7 dorm                      =  42 orang

          -    Jumlah                                = 502 orang

 

2).      Blok D

          -    Untuk Penghuni Lelaki sahaja

          -    Bilik Biasa 212 bilik x 2 orang = 424 orang

          -    Bilik extra 12 bilik x 2 orang    =  24 orang

           -    Bilik extra 4 bilik x 1 orang      =    4 orang

          -    Dorm – 3 bilik x 6 orang        =  18 orang

          -    Jumlah                               = 470 orang

 

3).      Blok T

          -    Untuk penghuni lelaki sahaja

          -    Bilik Biasa 212 bilik x 2 orang   = 424 orang

          -    Bilik extra 12 bilik x 2 orang     =   24 orang

           -    Bilik extra 4 bilik x 1 orang       =     4 orang

          -    Jumlah                                 = 452 orang

 

                                      Kapasiti        = 1424 orang