22.3.2023 - Perbincangan Program Imarah Ramadhan 1444H PSMZA Bersama PTPTN
Telah berlangsung perbincangan bagi mengadakan Program Imarah Ramadhan 1444H bersama di antara wakil PTPTN Negeri Terengganu. Perbincangan bagi melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) PTPTN dengan kerjasama PSMZA untuk berkongsi rezeki di bulan Ramadhan al-Mubarak. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs Ts Mohyiddin Salleh, Timbalan Pengarah Akademik. Turut hadir ialah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mazudi Ramthan. Antara pegawai yang terlibat ialah Ts. Mohd Yuzha Usof (Penyelaras Program), Mohd Faizol Che Mat (Pengurus Program), Ust Mohd Fariz Abdul Azziz (Pusat Islam). Sementara itu, PTPTN diwakili Pengurus Besar Negeri, Puan Azizah Nasik@Abd Rashid, Encik Jusuraimi Jusoh (Pengurus PTPTN Cawangan Dungun) dan beberapa orang pegawai lain. Perbincangan berakhir dengan lawatan ke tapak program di Pusat Islam. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang seterusnya dapat memberikan manfaat pada pelajar-pelajar dan warga PSMZA.