PENGENALAN


      Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) adalah sebuah jabatan induk yang mula beroperasi pada sesi Julai 2007 bertempat di tingkat 3 JKE. JTMK diterajui oleh Pn. Aida Azmila bt Azmi sebagai Ketua Jabatan. Pengurusan JTMK turut dibantu oleh Ketua Program iaitu Pn. Nurul Mazlia bt. Musa serta tiga orang kakitangan sokongan. Kejayaan dan kecermerlangan JTMK turut dibantu oleh 38 orang tenaga pengajar yang berketrampilan dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Bermula sesi Jun 2016, JTMK menawarkan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) bagi menggantikan program Diploma Teknologi Maklumat (Pengarturcaraan) yang tamat pada tahun 2018. Program yang ditawarkan di JTMK, PSMZA telah mencapai tahap kualiti yang ditetapkan dan telah pun mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) juga membantu PSMZA mendapat penganugerahan sebagai Premier Digital Tech Institution (PDTI) daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bermula tahun 2023 – 2025. Beberapa kemudahan disediakan untuk para pelajar JTMK bagi melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran).
Di antara kemudahan makmal-makmal yang disediakan ialah :-

1. Makmal Multimedia (METM)
2. Makmal Pengaturcaraan 1 (MECOM1)
3. Makmal Pengaturcaraan 2 (MECOM2)
4. Makmal Komunikasi 1 (MEPD1)
5. Makmal Komunikasi 2 (MEPD2)
6. Makmal Hypermedia (MEHM)

 


VISI

       JTMK berazam menjadi pusat kemerlangan pendidikan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi bagi melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MISI

         Menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan industri di Malaysia.


OBJEKTIF

  • Melahirkan graduan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam pembangunan perisian komputer dan pengaturcaraan untuk membolehkan mereka berkhidmat dalam bidang yang berkaitan.
  • Menerapkan pembelajaran sepanjang hayat serta membolehkan graduan menyesuaikan diri secara positif kepada perubahan dinamik dalam cabaran Teknologi Maklumat dan keperluan industri
  • Melatih graduan untuk fokus dari aspek aplikasi, penggunaan dan konfigurasi bagi memenuhi keperluan organisasi dan masyarakat dalam spektrum yang luas.
  • Menjadi model dalam profesionalisme dan etika Teknologi Maklumat serta mempunyai kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan komunikasi yang berkesan.



AKTIVITI-AKTIVITI

          Aktiviti-aktiviti berkala yang dijalankan termasuklah kolaborasi industri, tanggungjawab sosial korporat (CSR), program pensyarah pelawat industri (PPI), aktiviti keusahawanan, pertandingan sukan, kebudayaan dan kemahiran dalam bidang masing-masing (pertandingan Polyskills) selari dengan hala tuju transformasi politeknik bagi meningkatkan daya saing dalam kemahiran akademik, generik dan teknikal dalam melestarikan agenda transformasi politeknik. 

         Program-program di JTMK bekerjasama aktif dengan dengan industri dan universiti selaku penasihat program bagi memastikan kemampanan program. JTMK sentiasa menitikberatkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah pelajar melalui program-program, bengkel-bengkel dan kem kepimpinan yang dijalankan dari semasa ke semasa.