Perutusan Pengarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran anda ke laman web rasmi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat (UTM) PSMZA.

Laman web ini bertujuan memaparkan informasi terkini yang meliputi program berkaitan akademik, kokurikulum dan program tanggungjawab social korporat (CSR) yang dirancang dan dilaksanakan di PSMZA. Pada hemat saya ianya perlu disebarluas bagi membolehkan masyarakat mengetahui peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh PSMZA dalam meningkatkan tahap kecemerlangan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

PSMZA telah mendapat persijilan SIRIM ISO 9001:2008 bagi tempoh 3 tahun sehingga 8 Januari 2018. Selain dari itu PSMZA juga telah dianugerahkan persijilan EKSA bermula Jun 2015 sehingga Jun 2017. Terkini pada tahun 2016, PSMZA berjaya mendapat persijilan OHSAS pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019.

Terkini PSMZA menawarkan 10 pengajian diploma iaitu DKA,DKM,DEM,DAD,DTP,DMK,DTK,DEP,DEE dan bermula sesi Jun 2016, JTMK menawarkan Diploma Teknologi Digital (DDT) bagi menggantikan program DIP yang akan tamat pada tahun 2018.

PSMZA memberi fokus terhadap kualiti dan nilai budaya bekerja sepasukan bagi mencapai objektif strategic dan pencapaian KPI yang ditetapkan. Warga PSMZA sepakat dan fokus dalam menghasilkan graduan berkualiti bagi memenuhi keperluan industri dan sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan politeknik sebagai pusat kecemerlangan TVET di rantau asia. Oleh itu, PSMZA sentiasa berusaha meningkatkan kualiti selaras dengan transformasi yang dirancang bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di kampus.

Harapan saya kepada semua pengunjung laman web PSMZA ini sama ada pelajar, kakitangan mahu pun orang awam bakal memperolehi sesuatu yang bermanfaat serta dapat menjadi sumber rujukan yang tepat berkaitan PSMZA.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang sudi melayari laman web PSMZA ini dan saya berharap ianya akan menjadi medium terbaik untuk semua lapisan mengenali dengan lebih dekat PSMZA.

~ EKOSISTEM KONDUSIF KERJA PRODUKTIF ~

Sekian, terima kasih.

(HAJI MOHD PAUZI BIN IBRAHIM)

Pengarah

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web