Unit Kamsis

PENGENALAN

Asrama merupakan sebahagian daripada kompenan utama di dalam institut pengajian tinggi yang menyediakan kemudahan penginapan dan makanan serta mengadakan aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar di Politeknik. Asrama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikenali sebagai Kolej Kediaman PSMZA. Kolej Kediaman PSMZA mempunyai 3 Blok yang dikenali dengan panggilan Blok P (Pulau Perhentian), Blok D (Pulau Duyung), Blok T (Pulau Tenggol). Setiap bilik boleh diisi dengan 2orang pelajar. 2 Blok Kolej Kediaman bagi Blok Perempuan dan 1 Blok Kolej Kediaman bagi Blok Lelaki. Setiap Blok boleh diisi dengan 424 orang pelajar. Bilik pelajar boleh dihuni seramai 1272 orang pelajar. Terdapat juga bilik tambahan untuk diisi jika terdapat bilangan pelajar yang ramai. Kolej Kediaman tidak dapat menampung keseluruhan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Sebahagian pelajar yang lain boleh menyewa di sekitar Kampus. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin juga menyediakan kemudahan dan peralatan asas di bilik-bilik. Kemudahan asas yang disediakan ialah katil, tilam, bantal, meja belajar, lampu, almari, langsir dan kipas. Sementara di setiap aras disediakan bilik air dan tandas.

 Antara kemudahan lain yang di sediakan di Kolej Kediaman adalah :

  • Kemudahan WIFI untuk melayari Intenet.
  • Koperasi di dalam Kafeteria.
  • Kemudahan mesin basuh.
  • Kemudahan Bilik Rekreasi bagi pelajar yang ingin menonton televisyen dan kemudahan WIFI.
  • Kemudahan Kompleks Sukan berhampiran blok asrama untuk pelajar beriadah.
  • Kemudahan rawatan dibawah seliaan Penolong Pegawai Perubatan.

CARTA ORGANISASI KAMSIS

 

 VISI

-       Menjadikan Kolej Kediaman sebagai Pusat Penginapan Yang Kondusif Dalam Melahirkan Pelajar Yang Efesion dan Cemerlang Dalam Bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum

 MISI

-       Berusaha bersama mengujudkan suasana Kolej Kediaman yang selamat, tenteram, dan selesa dan tempat belajar yang harmoni

 OBJEKTIF

-       Menyediakan tempat penginapan yang selesa dan selamat kepada para pelajar

-       Melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan dan cemerlang

-       Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan

-       Memastikan Sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.

 

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web