Unit Keusahawanan

PENGENALAN

Bagi merealisasikan program pembangunan keusahawanan di peringkat politeknik, Unit Keusahawanan (UK) PSMZA telah ditubuhkan secara berasingan pada 15 Januari 2013 seiring dalam usaha untuk mendokong Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik. Sebelum ini, UK dikenali dengan nama Unit Kerjaya, Kebudayaan dan Keusahawanan. UK merupakan sebuah unit sokongan akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pengarah Politeknik. UK akan bergerak seiring bagi mencapai matlamat utama Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan. Di samping itu, UK juga akan melahirkan lebih ramai lagi bilangan graduat usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020.

CARTA ORGANISASI

VISI

Sebagai pusat kecemerlangan bagi melahirkan usahawan yang kreatif dan inovatif.

MISI

Unit Keusahawanan PSMZA beriltizam melahirkan graduat politeknik yang mempunyai kompetensi dalam keusahawanan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara.

OBJEKTIF

Objektif UK adalah seperti berikut : 

      i.        Menjadi unit yang merancang, mengurus dan melaksanakan program keusahawanan politeknik bagi melahirkan usahawan yang holistik.

      ii.        Membudaya dan memperkasakan bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui program keusahawanan dan perniagaaan.

      iii.        Mewujud dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan industri, institusi pengajian tinggi, alumni, agensi kerajaan dan swasta melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership).

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

Informasi Web