Unit Peperiksaan

PENGENALAN

Unit Peperiksaan merupakan sebuah Unit Sokongan Akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik dan Pengarah Politeknik. Bagi sesebuah politeknik, Unit Peperiksaan adalah unit yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan penyelarasan dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan persijilan serta penilaian pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan. Unit ini diamanahkan untuk memastikan segala aspek berkaitan dengan memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan terutamanya kepada pelajar. Selain dari fungsi utamanya mengeluarkan keputusan penilaian kepada pelajar hasil dari keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik. Selain dari itu, unit ini juga bertanggungjawab mengeluarkan Sijil kepada pelajar yang telah tamat dan pelajar yang telah lulus semua peperiksaan serta memenuhi semua kehendak kursus setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Penganugerahan Sijil /Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi. Unit Peperiksaan diketuai oleh seorang Ketua Unit dan 2 orang Pegawai Peperiksaan yang dilantik oleh Sektor Pengurusan Politeknik dan dibantu oleh beberapa Penyelaras Peperiksaan Jabatan yang dilantik dari setiap dari Jabatan Akademik. Ianya turut juga mempunyai seorang Pembantu Am Pejabat dan seorang Pembantu Tadbir yang membantu dalam kerja kerja pengkeranian di unit. Segala urusan yang berkaitan dengan penilaian dan juga peperiksaan pelajar diselaraskan oleh unit ini.

 

CARTA ORGANISASI


VISI

SATU UNIT YANG MELAKSANAKAN SEGALA URUSAN DAN AKTIVITI PEPERIKSAAN SECARA PROFESIONAL, BERINTEGRITI DAN BERKREDEBILITI KEPADA PELANGGAN SELARI DENGAN ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN KPTM.

 

MISI

MEMBANGUN DAN MENGURUS SISTEM

PENTADBIRAN YANG BERKESAN DAN KOMITED KE ARAH KECEKAPAN DAN KECEMERLANGAN KERJA.

 

OBJEKTIF

Menjadi unit yang dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelangan dengan:

1. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik

2. Mudah capaian

3. Selamat & boleh dipercayai

4. Penyimpanan maklumat proses penilaian dan peperiksaan pelajar

5. Memastikan ciri ciri keselamatan urusan peperiksaan

6. Menguruskan hal hal mengenai penganugerahan

 

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web