Unit Pusat Sumber

PENGENALAN

Unit Pusat Sumber merupakan gedung maklumat yang utama dan sebagai pembekal perkhidmatan maklumat kepada para pelajar serta kakitangan PSMZA. Pusat Sumber  juga mengadakan rangkaian perpustakaan digital melalui laman web u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia. Unit Pusat Sumber juga menyediakan laluan untuk mengakses pusat maklumat antarabangsa dan berperanan sebagai pusat maklumat serta pusat budaya masyarakat. 

Warga PSMZA bukan sahaja dapat mengakses maklumat dalam bentuk bercetak dan media elektronik, malah mereka boleh berkumpul untuk tujuan pendidikan dan budaya, program, dan penyertaan dalam aktiviti- aktiviti yang dianjurkan.

 

CARTA ORGANISASI

 

VISI

Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional menjelang 2020.

MISI

Unit Pusat Sumber bertekad untuk membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

 

OBJEKTIF

  1. Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik.
  2. Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
  3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
  4. Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
  5. Merancang dan melaksanakan kursus yang berkaitan untuk memantapkan tahap profesioanalisma dan kemahiran.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Perkhidmatan pembaca memberi perkhidmatan mesra dan berbudi bahasa kepada semua pembaca.
  2. Memberi perkhidmatan yang cekap dan cemerlang dalam memenuhi keperluan maklumat pembaca.
  3. Mendidik pembaca dalam penggunaan sepenuhnya kemudahan dan koleksi perpustakaan.
  4. Menggunakan pelbagai teknologi maklumat dalam penyampaian maklumat yang berkesan dan cekap.
  5. Memastikan perkhidmatan dibuka pada masa yang dinyatakan.

Kemudahan Yang Disediakan

         i.            Peminjaman dan Pemulangan Buku

       ii.            Bilik Komputer

      iii.            Wifi percuma

     iv.            Bilik Mesyuarat (Kapasiti 20 Orang)

       v.            Bilik Perbincangan (2 Unit, Kapasiti 6-8 orang)

     vi.            Kaunter Penasihat Pembaca

    vii.            Koleksi Soalan Peperiksaan Lepas

  viii.            Bilik Kuliah

     ix.            Ruang santai

       x.            Anjung Sastera

     xi.            Galeri Pameran

    xii.            Sudut Tayangan

  xiii.            Sudut Buku Terlaris

  xiv.            Sudut OPAC

   xv.            Sudut Selfie

 

 

 

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web