Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan

PENGENALAN


Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK) merupakan salah satu unit yang telah diwujudkan semenjak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ditubuhkan.

Peranan :

Melaksanakan kursus kokurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran

    Memberi latihan kepada warga PSMZA berkaitan aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan.
    Menganjurkan aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan di PSMZA
    Menjadikan PSMZA sebagai pusat kecemerlangan sukan, kokurikulum &politeknik.
    Mengimbangi sahsiah pelajar dari segi rohani, jasmani, fizikal dan intelektual

 

CARTA ORGANISASI

VISI


Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan berazam akan bersama-sama memperkasakan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif bagi menjadi pelajar warganegara yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara
 
MISI

Misi Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan adalah bersama-sama dalam menyumbang melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berketrampilan, mempunyai sifat kepimpinan dan jati diri serta berkelakuan ke arah semangat kenegaraan dan perpaduan yang jitu.

 

OBJEKTIF

    Melaksanakan program pendidikan kokurikulum yang tidak melebihi 3 semester bagi setiap modul kepada semua pelajar politeknik.
    Menyelaras segala aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar politeknik.
    Sekurang-kurangnya 90 % pelajar lulus modul di setiap semester.

 

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web