Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

PENGENALAN

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan jabatan akademik yang terbesar daripada empat jabatan induk di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang telah memulakan operasinya sejak tahun 2001 dan berada di bawah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Tinggi. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh 5 orang ketua program dan 110 orang pensyarah (staf akademik termasuk ketua program) yang terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang kepakaran masing-masing. JKM mempunyai 4 orang Penolong Jurutera yang membantu pengurusan, pembaikan kecil dan penyelenggaraan di bengkel/makmal/bilik kuliah/pejabat JKM dan seorang pembantu operasi yang menjalankan kerja-kerja pengurusan pejabat. Selain daripada itu, JKM menawarkan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti menerusi bidang ilmu, kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam melahirkan graduan yang bertanggungjawab, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang dapat menangani cabaran alaf baharu dalam menuju negara maju menjelang tahun 2020. Graduan yang dihasilkan oleh JKM telah memberi sumbangan yang besar dalam penghasilan tenaga pekerja separa profesional dan eksekutif pertengahan dalam pelbagai sektor pekerjaan.

Pada peringkat awal pengoperasiannya, kursus-kursus di JKM telah mengguna pakai kurikulum yang telah digunakan di Politeknik-politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.Pada bulan Mei 2002 jabatan ini telah melaksanakan kurikulum baru serentak dengan politeknik-politeknik lain bagi pengambilan baru. Seterusnya pada Sesi Jun 2010, jabatan ini telah menggunakan kurikulum baharu yang beteraskan pembelajaran berasakan hasil (OBE).

CARTA ORGANISASI JKM

VISI

MISI

OBJEKTIF

PROGRAM PENGAJIAN

Kesemua program yang ditawarkan di JKM, PSMZA telah mencapai tahap kualiti yang ditetapkan dan telah pun mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). JKM menawarkan lima program pada peringkat diploma.

  1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (MQA/FA3065) (Rujuk Pamphlet DKM)
  2. Diploma Kejuruteraan Mekatronik (MQA/FA3063) (Rujuk Pamphlet DEM)
  3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (MQA/FA3066) (Rujuk Pamphlet DAD)
  4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (MQA/FA3067) (Rujuk Pamphlet DTP)
  5. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) (MQA/FA3060) (Rujuk Pamphlet DMK)

 

AKTIVITI-AKTIVITIDI JABATAN:

Aktiviti-aktiviti berkala yang dijalankan termasuklah kolaborasi industri, tanggungjawab sosial korporat (CSR), program pensyarah pelawat industri (PPI), Public Private Reserch Network (PPRN), aktiviti keusahawanan, pertandingan sukan, kebudayaan dan kemahiran dalam bidang masing-masing (pertandingan Polyskills, pertandingan FIRA Malaysia Cup) selari dengan hala tuju transformasi politeknik bagi meningkatkan daya saing dalam kemahiran akademik, generik dan teknikal dalam melestarikan agenda transformasi politeknik. Program-program di JKM bekerjasama aktif dengan dengan industri dan universiti selaku penasihat program bagi memastikan kemampanan program. JKM sentiasa menitikberatkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah pelajar melalui program-program, bengkel-bengkel dan kem kepimpinan yang dijalankan dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web