Jabatan Pengajian Am

PENGENALAN

Jabatan Pengajian Am (JPA) telah mula beroperasi secara rasmi di kampus utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Terengganu pada 08 hb Oktober 2001. JPA pada awalnya diterajui oleh seorang pensyarah sahaja dan kini telah mempunyai 37 orang kakitangan tetap yang terdiri daripada 21 orang pensyarah Pendidikan Islam (mengajar subjek Pendidikan Islam / Moral dan Tamadun Islam) dan 14 orang pensyarah Bahasa Inggeris ( mengajar subjek Communicative English 1 – 3) serta 2 orang kakitangan bukan akademik. JPA telah menjalankan operasinya di sebuah bangunan 2 tingkat bersebelahan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam. Tingkat atas bangunan menempatkan bahagian pengurusan jabatan dan tingkat bawah pula menempatkan 3 buah makmal bahasa/multimedia yang mana setiap satu berupaya menampung seramai 40 orang pelajar pada satu masa. Dengan prasarana dan kemudahan yang terdapat di jabatan ini memungkinkan semua warga JPA terus cemerlang dan berjaya dalam mengejar cita-cita politeknik bagi merealisasikan misi kearah menjadi pusat pendidikan yang berkualiti.

CARTA ORGANISASI JPA

 

VISI

JPA PSMZA berazam untuk menjadi jabatan yang cemerlang dan melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia, berdaya saing dan bertanggunggjawab menjelang tahun 2015.

 

MISI

JPA PSMZA komited menyediakan graduan berkualiti yang bersakhsiah luhur, berketrampilan dan berkebolehan berbahasa melalui pengurusan strategik dan tadbir urus terbaik berlandaskan jaminan kualiti berterusan.  

 

OBJEKTIF

-          Melahirkan graduan yang berkualiti dan berketrampilan serta mampu memenuhi pasaran semasa.

-          Membentuk graduan yang mantap dari sudut emosi, rohani, intelektual serta memiliki akhlak yang mulia.

-          Meningkatkan penguasaan dan kebolehan berbahasa agar mampu bersaing di peringkat global.

                      

PROGRAM YANG DITAWARKAN:

 

i)                    UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL

                                Kursus-kursus yang ditawarkan

  1. Pendidikan Islam 

Kod kursus

Nama Kursus

Program

DUA 2012

Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam

Diploma (Sem 2)

DUA 6022

Komunikasi dan Penyiaran Islam

Diploma (Sem 5)

  1. Pendidikan Moral

Kod kursus

Nama Kursus

Program

AB 102

Pendidikan Moral 1

Diploma (Sem 1)

AB 202

Pendidikan Moral 2

Diploma (Sem 2)

  1. Pengajian Malaysia

Kod kursus

Nama Kursus

Program

DUB 1012

Pengajian Malaysia

Diploma (Sem 1)

 

ii)                  UNIT BAHASA INGGERIS

  1. Communicative English

Kod kursus

Nama Kursus

Program

DUE 1012

Communicative English 1

Diploma (Sem 1)

DUE 3012  

Communicative English 2

Diploma (Sem 3)

DUE 5012

Communicative English 3

Diploma (Sem 5)

PUE 2014

English Science 2

Pra Diploma

 

AKTIVITI-AKTIVITI DI JABATAN:

 

 

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web