Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

PENGENALAN

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) adalah sebuah jabatan induk yang mula beroperasi bermula pada sesi Julai 2007 bertempat di tingkat 3 JKE. JTMK diterajui oleh En Mohd Redzuan bin  Rosly sebagai Ketua Jabatan. Pengurusan JTMK turut dibantu oleh Penolong Ketua Program iaitu Pn. Aida Azmila binti Azmi serta DUA (2) orang kakitangan sokongan.

Kejayaan dan kecermerlangan JTMK turut dibantu oleh 37  orang tenaga pengajar yang  berketrampilan dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.  Bermula sesi Jun 2016, JTMK menawarkan Diploma Teknologi Digital (DDT) bagi menggantikan program DIP yang akan tamat pada tahun 2018. Program yang ditawarkan di JTMK, PSMZA telah mencapai tahap kualiti yang ditetapkan dan telah pun mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beberapa kemudahan disediakan untuk para pelajar JTMK bagi melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran). Di antara kemudahan makmal-makmal yang disediakan ialah :-

1. Makmal Multimedia (METM)
2. Makmal Pengaturcaraan 1 (MECOM1)
3. Makmal Pengaturcaraan 2 (MECOM2)
4. Makmal Komunikasi 1 (MEPD1)
5. Makmal Komunikasi 2 (MEPD2)
6. Makmal Hypermedia (MEHM)

VISI

JTMK berazam menjadi pusat kemerlangan pendidikan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi bagi melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

MISI

Menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan industri di Malaysia.

 

OBJEKTIF

  • Melahirkan graduan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam pembangunan perisian komputer dan pengaturcaraan untuk membolehkan mereka berkhidmat dalam bidang yang berkaitan.
  • Menerapkan pembelajaran sepanjang hayat serta membolehkan graduan menyesuaikan diri secara positif kepada perubahan dinamik dalam cabaran Teknologi Maklumat dan keperluan industri
  • Melatih graduan untuk fokus dari aspek aplikasi, penggunaan dan konfigurasi bagi memenuhi keperluan organisasi dan masyarakat dalam spektrum yang luas.
  • Menjadi model dalam profesionalisme dan etika Teknologi Maklumat serta mempunyai kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan komunikasi yang berkesan.

 

AKTIVITI-AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti berkala yang dijalankan termasuklah kolaborasi industri, tanggungjawab sosial korporat (CSR), program pensyarah pelawat industri (PPI),  aktiviti keusahawanan, pertandingan sukan, kebudayaan dan kemahiran dalam bidang masing-masing (pertandingan Polyskills) selari dengan hala tuju transformasi politeknik bagi meningkatkan daya saing dalam kemahiran akademik, generik dan teknikal dalam melestarikan agenda transformasi politeknik. Program-program di JTMK bekerjasama aktif dengan dengan industri dan universiti selaku penasihat program bagi memastikan kemampanan program. JTMK sentiasa menitikberatkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah pelajar melalui program-program, bengkel-bengkel dan kem kepimpinan yang dijalankan dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web