Unit Perhubungan dan Latihan Industri

PENGENALAN UPLI

Unit Perhubungan dan Latihan Industri(UPLI) diberi mandat sebagai unit peneraju dalam menguruskan pelajar untuk menjalani Latihan Industri (LI). Diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), fungsi utama UPLI adalah mengendalikan kursus Latihan Industri(LI) DUT 40110 yang membawa  10 jam kredit . Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus,  menempatkan pelajar di firma, memantau dan menilai kursus LI-DUT 40110 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA).

 UPLI diketuai oleh Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri dibantu oleh 2 orang Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri(LI), dan pembantu tadbir. Pengurusan UPLI turut dibantu oleh penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ).

Kursus Latihan Industri (LI) – DUT 40110 merupakan kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar dalam mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran berkaitan di tempat kerja, berkomunikasi secara berkesan dengan pihak atasan dan rakan sekerja, mengamalkan semangat kerja berpasukan, profesional dan beretika serta mematuhi dasar dan prosedur organisasi adalah hasil pembelajaran yang diharapkan bagi setiap pelajar yang menjalani LI

 

CARTA ORGANISASI UPLI

 

VISI

Penyumbang yang signifikan dalam merealisasikan politeknik sebagai institusi TVET dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat

 

MISI

Menguruskan latihan industri pelajar secara professional, sistematik dan berkesan dalam usaha melahirkan graduat yang kompetitif, inovatif dan kreatif. 

 

 

OBJEKTIF

 

UPLI berfungi mengurus pendaftaran , penempatan, pemantauan dan penilaian latihan industri pelajar.

 

 

 

 

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web