PENGENALAN

         
          Jabatan Pengajian Am (JPA) telah mula beroperasi secara rasmi di kampus utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Terengganu pada 08 hb Oktober 2001. JPA pada awalnya diterajui oleh seorang pensyarah sahaja dan kini telah mempunyai 27 orang kakitangan tetap yang terdiri daripada 15 orang pensyarah Pendidikan Islam (mengajar subjek Pendidikan Islam / Moral dan Tamadun Islam) dan 11 orang pensyarah Bahasa Inggeris ( mengajar subjek Communicative English 1 – 3) serta 1 orang kakitangan bukan akademik.

         JPA telah menjalankan operasinya di sebuah bangunan 2 tingkat bersebelahan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam. Tingkat atas bangunan menempatkan bahagian pengurusan jabatan dan tingkat bawah pula menempatkan 3 buah makmal bahasa/multimedia yang mana setiap satu berupaya menampung seramai 40 orang pelajar pada satu masa. Dengan prasarana dan kemudahan yang terdapat di jabatan ini memungkinkan semua warga JPA terus cemerlang dan berjaya dalam mengejar cita-cita politeknik bagi merealisasikan misi kearah menjadi pusat pendidikan yang berkualiti.

 

 

 

VISI

       JPA PSMZA berazam untuk menjadi jabatan yang cemerlang dan melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia, berdaya saing dan bertanggunggjawab menjelang tahun 2015.

 

MISI

      JPA PSMZA komited menyediakan graduan berkualiti yang bersakhsiah luhur, berketrampilan dan berkebolehan berbahasa melalui pengurusan strategik dan tadbir urus terbaik berlandaskan jaminan kualiti berterusan.  

 

OBJEKTIF

-  Melahirkan graduan yang berkualiti dan berketrampilan serta mampu memenuhi pasaran semasa.

-  Membentuk graduan yang mantap dari sudut emosi, rohani, intelektual serta memiliki akhlak yang mulia.

-  Meningkatkan penguasaan dan kebolehan berbahasa agar mampu bersaing di peringkat global