Tel : 09 8400800 Faks : 09 8458781    Mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Soalan Lazim

Soalan Lazim

1.Berapakah Caj Yang Dikenakan Bagi Setiap Permohonan?
Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja) mulai tarikh iklan.

2.Apakah Tindakan Politeknik Sekiranya Saya Tersalah Memberi Maklumat Semasa Membuat Permohonan?
Segala maklumat yang diberikan semasa permohonan mestilah disemak dengan teliti. Segala maklumat akan dinilai dan memberi merit dalam penawaran kepada calon. Kesalahan maklumat yang diberikan boleh menyebabkan tawaran ditarik semula pada bila-bila masa walaupun calon telah mendaftar di politeknik.

3.Bagaimanakah Saya Boleh Mengetahui Keputusan Permohonan?
Keputusan permohonan boleh disemak melalui kaedah berikut:

4.Sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip
POLI<jarak>nombor kad pengenalan tanpa '-' dan hantar ke 39911.
Laman web www.politeknik.edu.my. atau
Menghubungi mana-mana politeknik.

5.Bolehkan Saya Membuat Lebih Daripada Satu Permohonan?
Calon hanya dibenarkan membuat satu permohonan sahaja bagi setiap sesi kemasukan. Setiap calon diberikan dua pilihan kursus untuk dipohon. Walau bagaimanapun calon dibenarkan untuk membuat semakan atau pindaan maklumat dari semasa ke semasa hingga tarikh tutup permohonan.

6.Bilakah Iklan Kemasukan Ke Politeknik Disiarkan?
Iklan permohonan kemasukan ke politeknik disiarkan dua (2) kali setahun iaitu pada awal bulan Mac dan pertengahan bulan Oktober

7.Berapa Kalikah Politeknik Mengambil Pelajar Dalam Setahun?
Pengambilan pelajar ke politeknik diadakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Julai dan Januari. Permohonan boleh dibuat pada bulan Mac dan Oktober setiap tahun.

8.Bolehkah Saya Memohon Kursus Diploma Politeknik Dengan Menggunakan Sijil IKM Saya?
Tidak boleh. Buat masa sekarang, politeknik membuka ruang kepada empat (4) kategori lulusan iaitu lepasan SPM, lepasan luar Negara setara SPM, lepasan sijil politeknik dan lepasan sijil kolej komuniti sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian modul atau pindahan kredit bagi modul-modul tertentu.
Saya Lulusan Sijil Kolej Komuniti, Apakah Syarat Yang Membolehkan Saya Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Diploma Di Politeknik?

9.Pemohon mesti tamat pengajian di peringkat sijil kolej komuniti. Memiliki HPNM sekurang-kurangnya 2.90 dan 1 tahun pengalaman selepas tamat pengajian di peringkat sijil kolej komuniti. Jika HPNM kurang daripada 2.90, pemohon mestilah mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun.

10.Bagaimana Dengan Syarat Kemasukan Ke Politeknik?
Syarat kemasukan ke politeknik bergantung kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, calon mestilah warganegara Malaysia dan lulus SPM.

Bagi kursus peringkat diploma, calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya:
Lima kepujian termasuk matapelajaran matematik/matematik tambahan
Maklumat secara terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my.


11.Kawasan Saya Tidak Mempunyai Kemudahan Internet, Adakah Politeknik Menyediakan Borang?
Pemohon yang sukar mendapatkan kemudahan internet boleh menghubungi mana-mana Unit Hal-Ehwal Pelajar Politeknik KPT atau Kolej Komuniti KPT yang berhampiran secara menelefon atau menulis surat untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Bagaimanakah Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Politeknik?
Permohonan hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my.

Video Korporat



Perutusan Pengarah PSMZA

 

Teks Ucapan 

 

Bantuan Portal

Panduan Pengguna 

Panduan 'Mobile Web'

Panduan W3C | Peta Laman

Pensijilan

 PSMZA telah menerima Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 6 Januari 2015 - 8 Januari 2018

 

PSMZA telah menerima Pensijilan EKSA pada 15 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2017

 

 PSMZA telah menerima Pensijilan OHSAS  pada 15 Julai 2016 sehingga 14 Julai 2019

PSMZA telah diakreditasi oleh MQA bagi Program DKA, DEP, DIP, DEM, DMK, DKM, DTP, DAD pada 21.01.2013 manakala Program DTK pada 08.02.2013.

Hubungi Kami

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. 
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781 
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

 

Informasi Web