Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan jabatan akademik terbesar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu yang diterajui oleh Ketua Jabatan, Tn Hj. Abdul Karim bin Awang Kechik sejak awal pengoperasiannya tahun 2001.
Sehingga Sesi Julai 2009, jabatan ini mempunyai tenaga pengajar seramai 110 orang dari 135 orang jawatan yang telah diluluskan.Disampng itu, terdapat tiga orang juruteknik yang mengurus dan menyelenggara peralatan bengkel/makmal dan seorang pembantu tadbir yang menjalankan kerja-kerja pengurusan pejabat.
Jumlah pelajar sehingga Sesi Julai 2009 adalah seramai 2181orang.Para pelajar tersebut merangkumi dari tujuh program yang ditawarkan di jabatan ini. Program-program tersebut ialah:-
a) Sijil Kejuruteraan Mekanikal
b) Sijil Kejuruteraan Automotif Diesel
c) Diploma Kejuruteraan Mekanikal
d) Diploma Kejuruteraan Automotif Diesel
e) Diploma Kejuruteraan Mekatronik
f) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
g) Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi PLastik)
Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat enam buah bengkel dan sebelas buah makmal yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan terkini disediakan untuk pelajar-pelajar membuat latihan amali bagi meningkatkan ketrampilan dan memperdalamkan lagi kefahaman pelajar dalm bidang masing-masing.
Pada peringkat awal pengoperasiannya, kursus-kursus di Jabatan ini telah mengguna pakai kurikulum yang telah digunakan di politeknik-politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada bulan Mei 2002, jabatan ini telah melaksanakan kurikulum baru serentak dengan politeknik-politeknik lain bagi pengambilan baru.
Dalam mempercepatkan penyampaian maklumat daripada pihak pengurusan kepada semua staf JKM selari dengan teras ke 7 dalam Pelan Strategik KPTM, taklimat jabatan sentiasa dijalankan. Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan termasuklah kursus-kursus, tazkirah, mesyuarat dan program kebajikan bagi memenuhi visi dan misi jabatan. JKM sentiasa menitik beratkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah pelajar melalui program-program, bengkel-bengkel dan kem kepimpinan yang telah dijalankan.
Pautan Ke Laman Interaktif JKM >>>>>>Selamat Datang Ke JKM