|
Khamis, 03 Januari 2008 |
|
Halaman 1 dari 5
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan antara 4 jabatan induk di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.JKA menyediakan tenaga kerja separuh mahir yang akan membantu Jurutera Awam serta profesional industri pembinaan untuk membina bangunan, infrastruktur serta kemudahan awam sesuai dengan Wawasan Negara.
Modul yang ditawarkan di jabatan ini banyak memberi pendedahan kepada para pelajar di dalam aspek teori dan juga kemahiran amali.Para pelajar akan sentiasa diberi bimbingan dan pemantauan di samping dapat menggunakan pelbagai kemudahan terkini di makmal dan bengkel dan seterusnya dapat menjadi graduan yang cekap dan mahir dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Pautan Ke Laman Interaktif JKA----------------->Selamat Datang Ke JKA
VISIJabatan Kejuruteraan Awam sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bagi melahirkan graduan kejuruteraan Awam sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bagi melahirkan graduan kejuruteraan awam yang berketrampilan, berkualiti, bersahsiah dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara menjelang tahun 2012.
Melahirkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti dan produktif dalam bidang kejuruteraan awam bagi menyokong dan memenuhi keperluan sektor awam dan swasta seiring dengan perkembangan industri pembinaan di Malaysia.
-
MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERAKHLAK DAN BERINTEGRITI.
-
MELAHIRKAN GRADUAN KEJURUTERAAN AWAM YANG KOMPETEN MELALUI PENDIDIKAN YANG DINAMIK DAN RELEVAN DENGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI DAN KEPERLUAN INDUSTRI
-
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG TERKINI DAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF.
-
MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BAGI MENINGKATKAN TAHAP PENGETAHUAN,KEMAHIRAN DAN PROFESONALISME.
-
MEMPERKAYAKAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI BAGI MEMPERKASAKAN JABATAN DI PERINGKAT GLOBAL.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 15 April 2009 )
|