Advertisement

Panduan Pengguna W3C

logow3c.gif

Informasi Pelajar

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Takwim Akademik 2009
Takwim Akademik 2010
Keputusan Peperiksaan
Keputusan Permohonan
Semakan Permohonan
Pinjaman Pendidikan
CIDOS
Maklumbalas Pelanggan ( Pelajar )
Latihan Industri
Foto Konvokesyen
Pra-Pendaftaran R2001

Interaktif

Forum
Galeri 2009

Hadis Hari Ini

  • Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang tidak mempunyai sifat ramah tamah, bererti dia tidak mempunyai kebaikan.”
    (Muslim)

Pensijilan ISO 9001:2000

logo_kualiti.jpg
 
 
Unit Sukan Dan Kokurikulum
Wednesday, 21 January 2009
Indeks Artikel
Unit Sukan Dan Kokurikulum
Halaman 2
Halaman 3

PENGENALAN  

U 
nit Sukan &  Kokurikulum (USK) merupakan unit bukan akademik yang telah ditubuhkan semenjak bermulanya Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.  

 

Peranan :
  1. Melaksanakan modul kokurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran
  2. Memberi latihan kepada warga PSMZA berkaitan aktiviti sukan & kokurikulum
  3. Menganjurkan aktiviti sukan & kokurikulum menjadikan PSMZA sebagai pusat kecemerlangan sukan politeknik.
  4. Mengimbangi sahsiah pelajar dari segi rohani, jasmani, fizikal dan intelektual

 

KATA ALU-ALUAN KETUA UNIT

 

 

P
oliteknik telah menawarkan modul ko-kurikulum R1001, wajib ke atas semua pelajar semester satu dan modul kokurikulum R2001 wajib ke atas semua pelajar semester dua. Modul Kokurikulum ini meliputi kegiatan di dalam dan luar bilik kuliah seperti polibriged, sukan, kelab/persatuan dan pasukan beruniform. Para pelajar dikehendaki lulus di dalam kegiatan kokurikulum yang  disertainya, sepertimana kursus akademik yang lain sebelum di anugerahkan sijil atau diploma politeknik.
Pelaksanaan dan penawaran modul kokurikulum ini meliputi pelbagai aktiviti pilihan yang bertujuan ke arah proses pembentukan modal insan iaitu
pelajar yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Pelajar-pelajar politeknik juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan  peringkat politeknik yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Politeknik Malaysia, Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) dan jemputan daripada  persatuan sukan tempatan, negeri dan kebangsaan. Harapan saya agar pelajar-pelajar akan mengorak langkah maju kehadapan  dalam memartabatkan aktiviti sukan & kokurikulum di PSMZA dan menjulang nama PSMZA di mata dunia. Akhir kata, ”Majulah Sukan Untuk PSMZA”.

 

VISI

 

U 
nit Sukan Dan Kokurikulum berazam akan bersama-sama memperkasakan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi  pusat kecemerlangan pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif bagi menjadi pelajar warganegara yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat falsafah pendidikan negara.


  MISI

 

M
isi Unit Sukan Dan Kokurikulum adalah bersama-sama dalam menyumbang melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berketrampilan, mempunyai sifat kepimpinan dan jati diri serta berpelakuan ke arah semangat kenegaraan dan perpaduan yang jitu.

 

 

 

Hear this article


Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 20 January 2010 )
 

Countdown Naziran ICT dari KPT

CIDOS e-learning PSMZA

logo_lms_copy.jpg

Sekitar PSMZA

Get the Flash Player to see this player.
Flash Image Rotator Module by Joomlashack.
Kejohanan Taekwando1
Kejohanan Taekwando2
Kejohanan Taekwando3
Kejohanan Taekwando4
Kejohanan Taekwando5

Kalendar PSMZA

Hiper Rangkai

 

ico-jpa.jpgico-mohe.jpg
 ico-msc.jpgico-mampu.jpg
 ico-mygovt.jpg
 iim.jpg
 jppkk.jpg
 mpdthumb2.jpg

Alumni

alumni_ning.jpg

Waktu Solat

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter