SENARAI KURSUS DIPLOMA
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Kejuruteraan Elektrik
- Diploma Kejuruteraan Elektrik(Komputer)
- Diploma Teknologi Maklumat
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Pembuatan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Plastik)
- Diploma Kejuruteraan Mekatronik
SYARAT MINIMUM KELAYAKAN MASUK BAGI LULUSAN SPM
SYARAT UMUM
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) atau yang setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Matematik/ Matematik Tambahan
SYARAT KHUSUS
1. Lulus Bahasa Inggeris
2. Mendapat 5 kepujian termasuk 1 mata pelajaran dari mana-mana kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional
SYARATKEMASUKAN BAGI PEMOHON LULUSAN LUAR NEGARA SETARA SPM
1. Syarat kemasukan bagi lulusan sijil luar negara setara SPM merujuk kepada syarat kemasukan bagi program sijil atau diploma untuk lulusan SPM.
2. Pelajar mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik KPT untuk layak dianugerahkan sijil atau diploma
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan kemasukan ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi adalah secara on-line (internet) sepenuhnya melalui laman web www.politeknik.edu.my.
KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN
Pemohon yang berjaya MESTILAH mencetak SURAT TAWARAN dan SURAT PENERIMAAN (BJT-SPPoli) melalui laman web dan memberikan maklum balas segera.
SURAT TAWARAN RASMI akan hanya DIPOSKAN kepada pemohon yang berjaya selepas menerima maklumbalas melalui SURAT PENERIMAAN (BJT-SPPoli) dan salinan dokumen berkaitan telah disahkan.
TEMPOH PENGAJIAN
Diploma : Enam Semester
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) boleh memohon pinjaman/biasiswa dari PTPTN, JPA, Badan-badan berkanun meliputi Agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri dan syarikat awasta
YURAN
Yuran Pengajian:
RM200 setiap semester
RM60 setiap semester (hanya kepada pelajar yang ditawar penginapan)
Yuran Pendaftaran:
Ditetapkan oleh Politeknik berkenaan (maksimum RM600)
LALUAN AKADEMIK DAN KERJAYA
KURSUS SECARA SAMBILAN (KSS)
PSMZA turut menyediakan Kursus Secara Sambilan di peringkat diploma kepada pelajar-pelajar yang berminat. Antara kursus yang ditawarkan:**
- Diploma Kejuruteraan Elektrik
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
**Sebarang persoalan boleh dikemukakan ke Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan PSMZA di talian 09-8400834.
PERTANYAAN
Unit Hal Ehwal pelajar
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
KM 8, Jalan paka
23000 Dungun
Terengganu Darul Iman
Tel: 09-8400800
Fax:09-8458781