PENGENALAN
Unit Pembangunan Instruksional Dan Multimedia adalah salah satu unit di bawah Pengurusan Sokongan Akademik PSMZA yang bertanggungjawab terhadap dokumentasi serta perekodan segala aktiviti yang berlaku di PSMZA.
Di samping menjadi peneraju terhadap segala event management yang berlaku ianya juga membekalkan alatan serta perkhidmatan pinjaman alatan audio dan visual.
VISI
Melahirkan tenaga terlatih dalam bidang multimedia kreatif serta AVA agar selari dengan kehendak dan agenda pembangunan pendidikan teknikal negara.
MISI
Agenda pemuliharaan berterusan serta penambahbaikan kualiti serta mutu kerja produksi agar selaras dengan kehendak serta falsafah pendidikan teknikal negara serta membina dan merekod segala perjalanan peristiwa bersejarah PSMZA agar dapat diwarisi kepada generasi PSMZA yang akan datang.
MOTO dan LOGO

MULTIMEDIA PEMANGKIN MODAL INSAN BERTEKNOLOGI
Penerangan MOTO:
Teknologi terkini adalah berlandaskan konsep multimedia di mana konsep ini diterapkan dalam segala produk teknologi dan indicator kemajuan dan progresif sesuatu produk juga di nilai dari segi kecanggihan multimedia kreatif yang diiplimenkan.
Kehendak dan permintaan yang tidak terbatas ini melahirkan tendency untuk melahirkan insan cemerlang yang pakar dalam bidang ini.Namun di sedari bahawa teknologi bukan satu-satunya penjamin kejayaan serta ketulenan produk justeru sesuatu produk itu juga perlu mempunyai nilai-nilai sejagat serta mampu menyumbang kepada keamanan global , justeru modal insan yang melahirkan produk multimedia perlu mempunyai kesedaran sosial yang tinggi.
Penerangan logo :
Hexagon yang dikelilingi oleh 5 segitiga :-
Membawa maksud kreativiti dan daya imaginasi unit untuk melahirkan produk bermutu tidak pernah kering sentiasa bekerja keras tanpa kenal penat dan jemu demi kepuasan diri serta unit dan PSMZA secara amnya.
Dua kepak kiri dan kanan :-
Membawa maksud unit Multimedia sentiasa bersedia untuk terbang ke arah yang lebih tinggi . Segala kesukaran dan cabaran bukan halangan sebaliknya adalah peluang untuk mencipta inovasi serta pencetus fenomena yang menyedarkan masyarakat PSMZA secara amnya.
Tiga lingkaran berwarna kuning , merah dan biru.
Kuning- membawa maksud kedaulatan raja – raja Melayu sentiasa dijunjung.
Merah – membawa maksud keberanian serta semangat tinggi untuk mencipta kegemilangan.
Biru – membawa maksud disamping pendekatan agresif untuk mencipta kemajuan diri namun jati diri dan nilai-nilai ketimuran tidak pernah luntur.
Slogan AVA PSMZA:-
AVA stand for Audio Visual Aids.
Pautan ke Laman Interaktif Unit Multimedia
------> http://mimuc.wordpress.com/