PENGENALAN
Unit Pentadbiran dan Kewangan adalah sebuah unit yang menjadi peneraju penggerak kepada aktiviti Politeknik serta penjana kepada semua aktiviti pentadbiran yang merangkumi perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran am serta hal ehwal kewangan. Ia juga berfungsi dalam mengawal dan menguruskan perbelanjaan mengurus dan pembangunan mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan setiap masa.
VISI
Unit Pentadbiran bertekad menjadi pusat informasi serba lengkap dan efisien dalam segala urusan perjawatan, perkhidmatan dan pentadbiran serta pemangkin kepada usaha politeknik mencapai misi dan visinya menjelang tahun 2013.
Unit Kewangan berazam menjadi unit Kewangan terunggul, berhemah dan professional seterusnya melaksanakan amalan pengurusan kewangan terbaik.
MISI
Unit Pentadbiran - Mewujudkan Sistem Urus Tadbir Yang Efektif, Sistematik dan Berkesan .
Unit Kewangan - Mengendalikan Khidmat Pengurusan Kewangan Yang Cekap, Cepat, Amanah dan Bertanggungjawab selaras dengan Objektif dan Misi PSMZA.
MOTTO
PENGURUSAN EFISIEN NADI TERUNGGUL & KECEKAPAN PENGURUSAN EFEKTIF MELAHIRKAN WAWASAN CEMERLANG
P = Pengurusan K = Kecekapan Pengurusan
E = Efisien E = Efektif Melahirkan
N = Nadi W = Wawasan Cemerlang
T = Terunggul