Kata Aluan Ketua Unit Teknologi Maklumat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, Unit Teknologi Maklumat telah membangunkan laman web yang berwajah baru dengan matlamat menjadikannya sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama.
Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, beberapa kemudahan telah disediakan dalam laman web ini. Di antaranya adalah makluman dan berita rasmi, hebahan aktiviti sepanjang tahun, senarai perkhidmatan yang ditawarkan dan sebagainya. Selain itu elemen multimedia diterapkan dari masa ke masa di ruangan interaktif disamping beberapa aplikasi atas talian untuk kemudahan khalayak ramai.
Akhir kata saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Saya juga berharap laman web ini menjadi sumber rujukan berguna para pengunjung web ini.
Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.
Terima kasih kerana mengunjungi laman web rasmi PSMZA.
Puan Syuwaibah Binti Chik
Ketua Unit Teknologi Maklumat
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin