Advertisement

Panduan Pengguna W3C

logow3c.gif

Informasi Pelajar

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Takwim Akademik 2009
Takwim Akademik 2010
Keputusan Peperiksaan
Keputusan Permohonan
Semakan Permohonan
Pinjaman Pendidikan
CIDOS
Maklumbalas Pelanggan ( Pelajar )
Latihan Industri
Foto Konvokesyen
Pra-Pendaftaran R2001

Interaktif

Forum
Galeri 2009

Hadis Hari Ini

  • Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang tidak mempunyai sifat ramah tamah, bererti dia tidak mempunyai kebaikan.”
    (Muslim)

Pensijilan ISO 9001:2000

logo_kualiti.jpg
 
 
UPLI
Ahad, 20 Januari 2008

PENGENALAN

 

Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) merupakan sebuah unit di bawah Timbalan Pengarah Akademik yang mengendalikan kursus Latihan Industri. T3410 yang membawa kredit sebanyak 10 jam kredit termasuk kursus ‘soft skills’ Latihan Industri yang dilaksanakan sebelum Latihan Industri berjalan. Unit ini mengurus, memohon, menempat, menyelia dan menilai kursus Latihan Industri Politeknik sultan Mizan Zainal Abidin. Operasi unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Perhubungan & Latihan Industri, 2 orang  pegawai perhubungan latihan industri, pengurus data dan seorang pembantu  tadbir. Perjalanan pengurusan Unit Perhubungan Latihan Industri dibantu juga oleh penyelaras-penyelaras latihan industri jabatan akademik (PLIJ) . Sistem pengurusan maklumat latihan industri (ITMIS) mengendalikan pangkalan data semua pelajar politeknik yang akan, sedang dan tamat latihan industri menggunakan perisian visual basic dan akan dipertingkatkan penggunaannya menggunakan PHP (web database). Unit ini paling aktif dan dinamik dalam merancang dan melaksanakan pelan strategik dan operasinya yang telah memasuki pusingan kedua. Aktivitinya merangkumi pembangunan sumber manusia (staff, PLIJ, dan pelajar),  kelengkapan pejabat dan perkomputeran serta persekitaran yang kondusif selaras dengan moto “Seiring Ke Puncak  Gemilang”.

 

FUNGSI


UPLI ialah satu unit yang memainkan peranan penting dalam menguruskan latihan industri pelajar-pelajar politeknik sama ada yang akan, sedang atau telah tamat menjalani latihan industri. 


 

 

OBJEKTIF 

  • Menempatkan semua pelajar yang layak menjalani latihan industri ke organisasi dalam masa yang ditetapkan.  
  • Membuat  penyeliaan 100%  pelajar yang sedang menjalani latihan industri. 
  • Membuat penilaian ke atas pelajar yang tamat latihan industri
  • Mencapai sekurang-kurangnya 45% pelajar mendapat keputusan     cemerlang dan 98% pelajar lulus dalam penilaian latihan industri.  
  • Menjalin dan mengekalkan hubungan baik dengan organisasi latihan.  

 

 

VISI

Unit Perhubungan & Latihan Industri bertekad untuk menempat, menyelia dan menilai program latihan industri pelajar dengan bersistematik bagi melahirkan lulusan yang berkemahiran, berdaya saing dan berketrampilan.

 

MISI

Menguruskan Latihan Industri Pelajar Secara Profesional & Berkesan Bagi Memenuhi Piagam Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN

Unit Perhubungan & Latihan Industri bertekad untuk :

  • Menempatkan pelajar menjalani latihan mengikut perancangan
  • Menempatkan pelajar ke firma yang bersesuaian dengan kursus
  • Memantau perkembangan pelajar dalam latihan
  • Melaksanakan penilaian latihan industri pelajar selaras dengan takwim

 

 

 

 

 

 

KURSUS SOFT SKILLS

    Kursus soft skills adalah sebahagian daripada program latihan industri Politeknk KPTM, manakala kursus latihan industri merupakan komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar yang mengikuti kursus peringkat sijil akan mengikuti kursus soft skills di semester dua, manakala pelajar diploma di semester tiga. Pelaksanaan kursus soft skills ini adalah melalui gabungan kaedah perbincangan dalam kumpulan, pengajaran, lakon peranan dan simulasi. Pelajar melalui proses pengalamian secara simulasi, situasi latihan industri di dalam bilik kuliah. Jam pertemuan bagi kursus ini adalah satu jam seminggu.

    Kursus soft skills ini mempunyai lima kompetensi iaitu

  • membina personaliti individu yang positif
  • kemahiran berkomuikasi
  • mengamalkan peratuan kerja yang baik
  • pendedahan kepada alam pekerjaan
  • menghasilkan laporan harian latihan industri
Hear this article
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 29 September 2009 )
 

Countdown Naziran ICT dari KPT

CIDOS e-learning PSMZA

logo_lms_copy.jpg

Sekitar PSMZA

Get the Flash Player to see this player.
Flash Image Rotator Module by Joomlashack.
Kejohanan Taekwando1
Kejohanan Taekwando2
Kejohanan Taekwando3
Kejohanan Taekwando4
Kejohanan Taekwando5

Kalendar PSMZA

Hiper Rangkai

 

ico-jpa.jpgico-mohe.jpg
 ico-msc.jpgico-mampu.jpg
 ico-mygovt.jpg
 iim.jpg
 jppkk.jpg
 mpdthumb2.jpg

Alumni

alumni_ning.jpg

Waktu Solat

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter