Login

Mutiara Kata

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Laman Web Rasmi Rasmi Politeknik S...
Pengenalan | Print |
Article Index
Pengenalan
Objektif
Carta Organisasi
All Pages

PENGENALAN

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit sokongan di bawah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pengarah Politeknik yang bertanggungjawab untuk merancang, menganjur serta melaksanakan pelbagai program pembangunan staf bagi mengenalpasti serta meningkatkan potensi dan kebolehan staf. Ini adalah bertujuan supaya staf mendapat latihan dan kemahiran yang diperlukan demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan pengurusan yang efektif. Aktiviti yang dijalankan adalah merangkumi semua Jabatan dan Unit. Tanggungjawab yang besar ini adalah amat sukar dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang tanpa bantuan dan komitmen dari Penyelaras Latihan Staf Jabatan (PLSJ) dan AJK yang terlibat.

VISI

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan ( ULPL ) sebagai perancang utama dalam melaksana dan menyediakan latihan yang efektif bagi melahirkan modal insan  ( kakitangan ) yang berketrampilan dan berkemahiran dalam bidang teknikal dan pentadbiran ke arah kecemerlangan politeknik.

MISI

ULPL komited untuk menguruskan latihan staf secara berhemah , sistematik dan berkesan bagi menyediakan kakitangan yang berkualiti ke arah kecemerlangan pengurusan dan pendidikan menjelang tahun 2012.

PIAGAM PELANGGAN

ULPL adalah bertanggungjawab di dalam mengurus dan mengendalikan latihan kepada kakitangan PSMZA ke arah kecemerlangan pengurusan dan pendidikan. Untuk mencapai hasrat ini maka unit pendidikan lanjutan dan latihan staf akan :

:= Memastikan setiap kakitangan menjalani latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun
:= Memberi pertimbangan dan pengagihan yang sewajarnya berhubung dengan latihan yang diperlukan
:= Memberi peluang yang sama rata kepada kakitangan untuk menjalani latihan
:= Melaksanakan pemilihan peserta untuk menghadiri latihan

DASAR KUALITI

Membangunkan tenaga pensyarah dengan pengetahuan dan perkembangan teknologi terkini serta meningkatkan tenaga personel, teknikal dan pengurusan yang terlatih, cekap dan proaktif untuk mencapai keperluan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

 



Last Updated on Wednesday, 09 June 2010 12:27
 
Saiz Font Increase Font Size Option 4 Reset Font Size Option 4 Decrease Font Size Option 4
Arabic Chinese (Simplified) German Hindi Italian Japanese

Mesej Pengarah

Online Services

blue_newwebmelcrop2_png
green_neweexamcrop_png
oren_neweasetcrop_png
orange_neweuplicrop_png
blue_newheponlinecrop2_png
green_easetcrop_png
yellow_CIDOScrop_png
orange_elearningcrop2_png
blue_esis_crop2_png
green_eR2001crop_png

Transaksi Online

digital_png

Galeri Aktiviti

ikon-gallery

Bantuan Portal

w3c33_pnghelp3_png



Hubungi Kami

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.
Tel: 09-8400800, Fax: 09-8458781, Emel: webmaster@psmza.edu.my

Naziran ICT KPT

MS ISO 9001:2008

logo_kualiti_2

Bilangan Pelawat

Undian

Adakah Anda Berpuashati Dengan Kemudahan Yang Ada Di PSMZA