Perlaksanaan Pra Pendaftaran Pelajar POLITEKNIK KPT Melalui Sistem e-ENROL

pada .

Sistem pra pendaftaran secara online atau dikenali e-Enrol diwajibkan kepada semua pelajar politeknik semester dua dan ke atas termasuk pelajar yang akan menjalani latihan industri.Proses pra pendaftaran perlu dilakukan oleh pelajar sebelum membuat bayaran dan melapor diri di Politeknik. Pelajar yang akan menjalani latihan industri PERLU membuat pra pendaftaran sebelum melapor diri di Industri. Semua pelajar Politeknik WAJIB membawa slip e-Enrol semasa melapor diri/mendaftar kursus. Pihak Politeknik TIDAK akan meneruskan proses melapor diri atau mendaftar kursus pengajian sekiranya pelajar tidak membawa slip e-Enrol.

Sistem e-Enrol akan BERKUATKUASA pada sesi JUN 2012 dan MULA DIAKTIFKAN mulai 21 Mei 2012 di www.politeknik.edu.my

 

TATACARA PENGGUNAAN SISTEM e-ENROL

1. Layari http://www.politeknik.edu.my/
2. Klik pada Pautan Aplikasi/Pra-Pendaftaran Pelajar Senior
3. Masukkan No.Pendaftaran dan klik CARI
4. Pilih maklumat jabatan, semester dan keputusan peperiksaan (PNM & HPNM) dan klik Aktifkan Status Pra Pendaftaran
5. Cetak slip pra-pendaftaran untuk dibawa semasa hari pendaftaran
6. Ikuti proses pendaftaran mengikut panduan pendaftaran di politeknik masing-masing
7. Sekiranya maklumat tidak dipaparkan, sila maklumkan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar Politeknik masing-masing.
*Surat makluman dan tatacara pelaksanaan e-Enrol akan diserahkan kepada pelajar melalui/bersama dengan slip peperiksaan politeknik nanti ,terdapat juga di papan kenyataan

jata negara2MyGovernment

msc logo kpm Logo JPPBesar Logo JPA JataTerengganu

Hubungi Kami

psmza-logo

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

Mobile Web

Mobilevoo

Layari portal rasmi PSMZA menggunakan pelayar web smartphone anda.

Jumlah Pelawat

349621
Hari Ini Hari Ini 351
Minggu IniMinggu Ini3566
Bulan IniBulan Ini18785

Tarikh Kemaskini

24 Julai 2014

Facebook Twitter RSS

QR Code & SSL