22.5.2023 - KEM KEPIMPINAN MPP PSMZA 2023/2024
Kem Kepimpinan MPP 2023/2024 telah dilaksanakan selama tiga hari dua malam bermula 19 hingga 21 Mei 2023. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran diri, kerjasama berpasukan dan membentuk kepimpinan pelajar dalam menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2023/2024. Peserta yang terdiri daripada perwakilan MPP itu didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Setiap peserta juga berjaya melaksanakan setiap cabaran yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan saling bantu membantu dalam menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. Ini merupakan salah satu ciri kepimpinan dalam organisasi yang perlu ada pada setiap ahli MPP bagi memacu kecemerlangan organisasi di masa akan datang. Program ini telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mazudi Ramthan. Semoga barisan MPP dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar di PSMZA dengan jayanya.