Pemantauan Pengurusan Akademik

Pada 30 September - 1 Oktober 2014 30.9.2014 24:00 12 Hari

Audit Recertification SIRIM

Pada 27 - 29 Oktober 2014 27.10.2014 24:00 39 Hari

Unit Perhubungan & Latihan Industri

pada .

PENGENALAN 

Unit Perhubungan dan Latihan Industri(UPLI) diberi mandat sebagai unit peneraju dalam menguruskan pelajar untuk menjalani Latihan Industri (LI). Diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), fungsi utama UPLI adalah mengendalikan kursus Latihan Industri(LI) AT401 yang membawa 10 jam kredit . Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus, menempatkan pelajar di firma, memantau dan menilai kursus LI-AT401 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA).

UPLI diketuai oleh seorang Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri, 2 orang Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri(LI), 2 orang Penyelaras Latihan Industri dan seorang pembantu tadbir. Pengurusan UPLI dibantu juga oleh penyelaras-penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ). Seiring dengan penekanan budaya inovasi, UPLI PSMZA telah membangunkan Sistem Pengurusan Maklumat LI (ITMIS) bagi mengendalikan pengkalan data semua pelajar PSMZA yang akan, sedang dan tamat Latihan Industri dengan menggunakan perisian visual basic dan PHP(web database).

Kursus Latihan Industri (LI) – AT401 merupakan kursus yang perlu dilalui oleh setiap pelajar. Mampu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran berkaitan di tempat kerja, berkomunikasi secara berkesan dengan pihak atasan dan rakan sekerja, mengamalkan semangat kerja berpasukan, profesional dan beretika serta mematuhi dasar dan prosedur organisasi adalah hasil pembelajaran yang diharapkan bagi setiap pelajar yang menjalani LI

 

VISI

Menjadi penyumbang utama yang signifikan dalam merealisasikan politeknik sebagai penjana modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformatif dan kreatif dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat menjelang tahun 2015

 

MISI

Menguruskan latihan industri pelajar secara professional, sistematik dan berkesan dalam usaha melahirkan pelajar yang kompetitif, inovatif dan kreatif.

 

PIAGAM PELANGGAN

Unit Perhubungan & Latihan Industri bertekad untuk :-

Menempatkan pelajar menjalani latihan mengikut perancangan

Menempatkan pelajar ke firma yang bersesuaian dengan kursus

Memantau perkembangan pelajar dalam latihan

Melaksanakan penilaian latihan industri pelajar selaras dengan takwim

 

jata negara2MyGovernment

msc logo kpm Logo JPPBesar Logo JPA JataTerengganu

Hubungi Kami

psmza-logo

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Km 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.
Tel : 09-8400800
Faks : 09-8458781
Emel : webmaster[at]psmza.edu.my

Mobile Web

Mobilevoo

Layari portal rasmi PSMZA menggunakan pelayar web smartphone anda.

Jumlah Pelawat

353538
Hari Ini Hari Ini 285
Minggu IniMinggu Ini3662
Bulan IniBulan Ini15205

Tarikh Kemaskini

15 September 2014

Facebook Twitter RSS

QR Code & SSL