Objektif

Memastikan penglibatan aktif pensyarah TVET Pendidikan tinggi dalam usaha memperteguhkan penghasilan inovasi dan penyelidikan selaras dengan lonjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi).

Pertandingan & Pameran

Pertandingan dijalankan dalam bentuk pameran produk inovasi dan poster di booth masing-masing. Penilaian dan pemarkahan akan dinilai oleh juri berpengalaman.

Anugerah & Pengiktirafan

Semua penyertaan akan memperoleh Sijil Penyertaan. Bagi Kumpulan Peserta yang memperoleh markah 91-100 akan memperoleh Plak Emas, markah 85-90 bagi Plak Perak dan markah 80- 84 bagi Plak Gangsa.

Daftar Penyertaan My Intelligent 2017

Semua penyertaan My INTELLIGENT'17 harus didaftarkan melalui Sistem Pendaftaran Online My INTELLIGENT'17 yang boleh dicapai di sini.

Malaysia Innovation and Invention Challenge via Exhibition 2017 (My INTELLIGENT'17)

My INTELLIGENT'17 merupakan akronim kepada “Malaysia Innovation and Invention Challenge via Exhibition 2017” yang bertujuan untuk mengetengahkan hasil inovasi dan rekacipta yang dibangunkan oleh warga akademik di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut bidang masing-masing.

Inisiatif penganjuran My INTELLIGENT'17 ini selain meneruskan amalan inovasi dalam Perkhidmatan Awam, ianya bermatlamat untuk merealisasikan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) PPPM (PT) dalam lonjakan ke tujuh (L7) iaitu Ekosistem Inovasi dan lonjakan ke sembilan (L9) iaitu Pembelajaran Dalam Talian Secara Global.

Program ini dijalankan dalam bentuk pameran dan pertandingan, di mana setiap peserta berpeluang berkongsi idea dan kepakaran masing-masing kepada pihak luar. Adalah diharapkan melalui penganjuran pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini, ia akan menjadi platform terbaik mengetengahkan idea baru dan segar untuk dimajukan.