3.1.2024 - Bola Sepak Persabahatan PSMZA vs Batu TiongPetang ini diadakan satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara PSMZA dengan Batu Tiong bertempat di padang PSMZA. Perlawanan ini merupakan hasil inisiatif kelab Bola Sepak PSMZA dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sosial dengan komuniti sekitar.Sukan bolasepak sentiasa menjadi pilihan utama kakitangan PSMZA yang mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu juga, kakitangan PSMZA sempat meraikan sahabat yang baru melalui hari bahagianya dengan menyampaikan sedikit buah tangan hasil sumbangan sesama staf, demi mengeratkan lagi ikatan ukhuwah.Keputusan perlawanan petang ini membawa kepada PSMZA tewas di tangan Batu Tiong dengan 3-2. Namun, bukanlah kemenangan yang menjadi rebutan, tetapi keutuhan dalam nilai persabahatan itu menjadi keutamaan.