PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat (UKK) PSMZA merupakan satu unit yang bertanggungjawab merancang dan mengurus bahan-bahan penerbitan PSMZA sebagai sumber maklumat seperti video korporat, buletin akhbar dan majalah dan lain-lain bentuk penerbitan bagi tujuan publisiti. Bertindak sebagai ‘lidah rasmi’ kepada PSMZA dalam penyampaian dan penyaluran maklumat. Di samping merancang dan mengurus imej PSMZA serta melaksanakan promosi melalui strategi perhubungan awam yang teratur dengan aktiviti promosi dan publisiti program pengajian di PSMZA. Selain itu, UKK juga menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media (press conference), menyediakan kenyataan akhbar (press media), siaran media dan temu bual khas media cetak dan elektronik. Di samping itu, ia bertindak menyelaras maklum balas aduan dan perkara-perkara berkaitan integriti dan inspektorat dalaman.

 

VISI


Menyalurkan maklumat dan melaksanakan promosi bagi mengukuhkan imej korporat PSMZA

 

MISI


- Merancang dan melaksanakan promosi PSMZA melalui strategi perhubungan awam yang teratur
- Merancang strategi media dalam penyebaran maklumat yang berkesan
- Memantau dan menyelaras maklum balas aduan dan urusan berkaitan pelanggan