PENGENALAN

  Unit Jaminan Kualiti mula ditubuhkan pada Julai 2007 untuk mengisi tempat perjawatan baru iaitu Pegawai Pengurusan Kualiti. Unit Jaminan Kualiti telah ditempatkan di bangunan Induk Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin bersebelahan dengan Unit Keusahawanan.

Unit Jaminan Kualiti merupakan salah satu unit di bawah Pengurusan Akademik PSMZA. Unit ini dikenali sebagai Unit Pengurusan Kualiti kerana fungsi utamanya adalah untuk menguruskan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PSMZA.

Seiring dengan agenda transformasi negara, unit ini telah diberi kepercayaan oleh Pengarah PSMZA untuk menyelaraskan Program Akreditasi daripada Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) bagi program kejuruteraan dan Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) bagi program teknologi.

  

        OBJEKTIF UNIT JAMINAN KUALITI

  1. Menyelaras semua pengurusan kualiti di PSMZA.
  2. Memastikan kawalan dokumen dilakukan.
  3. Mengawal segala dokumen dalaman dan dokumen luaran.
  4. Menerima segala pindaan prosedur yang dicadangkan serta diketengahkan dan seterusnya pindaan dilakukan mengikut keperluan.
  5. Bertanggungjawab menggerakkan Ahli Jawatankuasa Urusetia Sistem Pengurusan Kualiti menjalankan tugas-tugas.
  6. Bertanggungjawab menggerakkan Jawatankuasa Kerja Kualiti dalam membincangkan segala isu berkaitan kualiti di PSMZA.
  7. Memastikan pelaksanaan Audit Dalaman dijalankan dalam memastikan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang dijalankan memenuhi keperluan ISO 9001:2015.
  8. Menyelaras semua penggunaan borang-borang berkaitan ISO 9001:2015
  9. Menyelaras penyediaan Fail Rekod Pensyarah untuk digunakan dalam proses PdP.
  10. Memastikan aduan pelanggan diambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kepuasan pelanggan dijaga.
  11. Memastikan Kajian Semula Pengurusan dijalankan untuk membincangkan penemuan-penemuan ketidakpatuhan dan penilaian prestasi objektif jabatan dan unit-unit tercapai atau memerlukan penambahbaikan.
  12. Menyelaraskan semua perkara berkaitan kualiti.

 

      FUNGSI UTAMA KHUSUS

  1. Kawalan Dokumen Kualiti
  2. Pengurusan Rekod Kualiti

 

  • AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA KHUSUS           

        Kawalan Dokumen Kualiti

  1. Urusan Penyediaan Prosedur Kualiti
  2. Urusan Pindaan Manual Kualiti Dan Prosedur Kualiti
  3. Urusan Edaran Dokumen Kualiti
  4. Urusan Kawalan Dokumen Luaran
  5. Urusan Sistem Pengkodan Borang Kualiti

       Pengurusan Rekod Kualiti

  1. Urusan Penyediaan Senarai Induk Rekod Kualiti
  2. Urusan Pengurusan Fail Rekod Pensyarah (FRP)
  3. Urusan Pengurusan Rekod Kualiti Dalam Bentuk Pengkalan Data Komputer