PENGENALAN
                     
        Jabatan Kejuruteraan Awam PSMZA ditubuhkan pada tahun 2001 dan diketuai oleh En. Mohd Shahrezal b. Abd Hamid selaku Ketua Jabatan. Bilangan pensyarah ialah seramai 52 orang dan 2 orang staf sokongan.Jumlah pelajar terkini ialah seramai 870 orang. JKA menawarkan satu program iaitu Diploma Kejuruteraan Awam.

         Kemudahan yang disediakan di JKA termasuklah 11 Bilik Kuliah, 1 Dewan Kuliah,1 Studio Lukisan Kejuruteraan dan 9 makmal dan bengkel kejuruteraan awam. 




VISI

         Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bagi melahirkan graduan kejuruteraan awam yang berketrampilan, berkualiti, bersahsiah dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MISI

      Melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan produktif dalam bidang kejuruteraan awam bagi menyokong dan memenuhi keperluan sektor awam dan swasta seiring dengan perkembangan industri pembinaan di Malaysia.