PENGENALAN 

 

          Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) diberi mandat sebagai unit peneraju dalam menguruskan pelajar untuk menjalani Latihan Industri (LI). Diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), fungsi utama UPLI adalah mengendalikan kursus Latihan Industri (LI) DUT 40110 yang membawa  10 jam kredit . Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus,  menempatkan pelajar di firma, memantau dan menilai kursus LI-DUT 40110 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). 

          UPLI diketuai oleh Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri dibantu oleh 2 orang Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri (LI), dan pembantu tadbir. Pengurusan UPLI turut dibantu oleh penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ). 

          Kursus Latihan Industri (LI) – DUT 40110 merupakan kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar dalam mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran berkaitan di tempat kerja, berkomunikasi secara berkesan dengan pihak atasan dan rakan sekerja, mengamalkan semangat kerja berpasukan, profesional dan beretika serta mematuhi dasar dan prosedur organisasi adalah hasil pembelajaran yang diharapkan bagi setiap pelajar yang menjalani LI

 

 




VISI

         Penyumbang yang signifikan dalam merealisasikan politeknik sebagai institusi TVET dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat

 

MISI

        Menguruskan Latihan Industri Pelajar Secara Professional, Sistematik Dan Berkesan Dalam Usaha Melahirkan Graduat Yang Kompetetif, Inovatif Dan Kreatif. 

 

OBJEKTIF

       MenguruskanUPLI Berfungsi Menguruskan Pendaftaran, Penempatan, Pemantauan Dan Penilaian Latihan Industri Pelajar.