PENGENALAN

     
      Unit Pusat Sumber merupakan gedung maklumat yang utama dan sebagai pembekal perkhidmatan maklumat kepada para pelajar serta kakitangan PSMZA. Pusat Sumber juga mengadakan rangkaian perpustakaan digital melalui laman web u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia.

      Unit Pusat Sumber juga menyediakan laluan untuk mengakses pusat maklumat antarabangsa dan berperanan sebagai pusat maklumat serta pusat budaya masyarakat. Warga PSMZA bukan sahaja dapat mengakses maklumat dalam bentuk bercetak dan media elektronik, malah mereka boleh berkumpul untuk tujuan pendidikan dan budaya, program, dan penyertaan dalam aktiviti- aktiviti yang dianjurkan.





VISI

        Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional menjelang 2020.


MISI

        Unit Pusat Sumber bertekad untuk membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.




OBJEKTIF


     1. Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik.

     2. Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
     3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
     4. Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
     5. Merancang dan melaksanakan kursus yang berkaitan untuk memantapkan tahap profesioanalisma dan kemahiran.



PIAGAM PELANGGAN

     1. Perkhidmatan pembaca memberi perkhidmatan mesra dan berbudi bahasa kepada semua pembaca.
     2. Memberi perkhidmatan yang cekap dan cemerlang dalam memenuhi keperluan maklumat pembaca.
     3. Mendidik pembaca dalam penggunaan sepenuhnya kemudahan dan koleksi perpustakaan.
     4. Menggunakan pelbagai teknologi maklumat dalam penyampaian maklumat yang berkesan dan cekap.
     5. Memastikan perkhidmatan dibuka pada masa yang dinyatakan.



Kemudahan Yang Disediakan
  • Peminjaman dan Pemulangan Buku
  • Bilik Komputer
  • Wifi percuma
  • Bilik Mesyuarat (Kapasiti 20 Orang)
  • Bilik Perbincangan (2 Unit, Kapasiti 6-8 orang)
  • Kaunter Penasihat Pembaca
  • Koleksi Soalan Peperiksaan Lepas
  • Bilik Kuliah
  • Ruang santai
  • Anjung Sastera
  • Galeri Pameran
  • Sudut Tayangan
  • Sudut Buku Terlaris
  • Sudut OPAC
  • Sudut Selfie