Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t & Salam Malaysia MADANI.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Datang” buat pengunjung laman web Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Setinggi- tinggi tahniah dan penghargaan juga saya tujukan buat Unit Teknologi Maklumat dan Unit Komunikasi Korporat PSMZA yang bertanggungjawab mengelola dan mengemaskini maklumat berkaitan di laman web rasmi PSMZA ini untuk kegunaan pengunjung.

Seiring dengan dasar peringkat nasional, “Membangun Malaysia Madani”, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPPKK) telah membawa aspirasi baharu buat semua warga PolyCC bertunjangkan Prinsip 3K – Kebajikan, Keharmonian, Keberkatan.

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) tidak terkecuali dalam mengangkat dan mengaplikasikan Prinsip 3K ini di peringkat PSMZA. Hal ehwal kebajikan seluruh warga PSMZA akan sentiasa dititikberatkan tanpa mengira kaum dan agama. Bagi memastikan kegemilangan PolyCC khususnya PSMZA, saya akan memastikan keharmonian warga PSMZA dijaga dengan sebaiknya melalui jalinan hubungan baik sesama kita. Seterusnya, nilai keberkatan yang sememangnya tidak dapat dilihat, namun dapat dirasa kesannya buat kita semua akan diraih dengan amalan atau rutin yang menjemput barakah.

Diharapkan laman ini dapat menjadi satu wadah dalam penyampaian maklumat kepada warga luar dan kakitangan PSMZA berkaitan perancangan, pelaksanaan aktiviti, informasi-informasi berkaitan penawaran kursus-kursus yang ada di PSMZA. Semoga laman ini menjadi salah satu medium terbaik dalam menyalurkan maklumat yang komprehensif di samping membantu dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.

#togetherwestrivenewsuccess #teamworkmakesthedreamwork

Sekian..Hajah Zamra binti Derahman