PENGENALAN
               
     
         Bagi merealisasikan program pembangunan keusahawanan di peringkat politeknik, Unit Keusahawanan (UK) PSMZA telah ditubuhkan secara berasingan pada 15 Januari 2013 seiring dalam usaha untuk mendokong Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik. Sebelum ini, UK dikenali dengan nama Unit Kerjaya, Kebudayaan dan Keusahawanan. UK merupakan sebuah unit sokongan akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pengarah Politeknik.
 
      UK akan bergerak seiring bagi mencapai matlamat utama Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan. Di samping itu, UK juga akan melahirkan lebih ramai lagi bilangan graduat usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020. Bagi merealisasikan program pembangunan keusahawanan di peringkat politeknik, Unit Keusahawanan (UK) PSMZA telah ditubuhkan secara berasingan pada 15 Januari 2013 seiring dalam usaha untuk mendokong Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik. Sebelum ini, UK dikenali dengan nama Unit Kerjaya, Kebudayaan dan Keusahawanan.

        UK merupakan sebuah unit sokongan akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pengarah Politeknik. UK akan bergerak seiring bagi mencapai matlamat utama Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan. Di samping itu, UK juga akan melahirkan lebih ramai lagi bilangan graduat usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020.





VISI

        Sebagai pusat kecemerlangan bagi melahirkan usahawan yang kreatif dan inovatif.


MISI

       Unit Keusahawanan PSMZA beriltizam melahirkan graduat politeknik yang mempunyai kompetensi dalam keusahawanan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara.



OBJEKTIF

Objektif UK adalah seperti berikut :
  • Menjadi unit yang merancang, mengurus dan melaksanakan program keusahawanan politeknik bagi melahirkan usahawan yang holistik.
  • Membudaya dan memperkasakan bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui program keusahawanan dan perniagaaan.
  • Mewujud dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan industri, institusi pengajian tinggi, alumni, agensi kerajaan dan swasta melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership).