6.11.2023 - Perhimpunan Solidariti Selamatkan Palestin Peringkat PSMZA
Program tersebut telah berlangsung secara aman bertempat di Dewan Dagang pada 5 November 2023. Ia telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Puan Hajah Zamra Derahman. Perhimpunan ini telah menghimpunkan hampir 1500 orang pelajar dan kakitangan PSMZA. Ia bertujuan untuk menyatakan sokongan dan kebersamaan kita di pihak Palestin, dan seterusnya mengutuk kekerasan dan kekejaman rejim zionis Israil terhadap rakyat Palestin. Dalam majlis ini, turut dilancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin untuk disalurkan bantuan kepada pihak berwajib. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Akademik, Ts Mohyiddin Salleh dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin. Save Palestin !!!