5.4.2023 - Ramadan Free Market (RFM) PSMZA 2023
Telah berlangsung RFM PSMZA 2023 di Dewan Dagang dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dalam kalangan kakitangan PSMZA dan pekerja kontrak kebersihan. Turut turun padang meninjau kemeriahan ialah YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA. Beliau berkata, "program sebegini harus diteruskan pada masa-masa akan datang kerana ia menunjukkan keprihatinan kita kepada komuniti yang memerlukan." Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi Korporat PSMZA bagi mengulas program tersebut. Turut dibuka kaunter pembayaran zakat fitrah. Terima kasih kepada semua penyumbang. Tahniah SClub & Puspanita PSMZA atas penganjuran program yang sangat bermanfaat.