10.4.2023 - Ziarah Ramadan
Hari ini, YBrs Puan Hajah Zamra Derahman, Pengarah PSMZA mengetuai delegasi Pengurusan Tertinggi PSMZA menziarahi saudara Mohd Nuzulshafwan Aris, Ketua Pengawal Keselamatan yang mengalami kemalangan jalan raya minggu lepas. Turut sama ialah kedua-dua timbalan beliau, Ts Mohyiddin Salleh (TPA) dan Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin (TPSA). Puan Pengarah turut menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban saudara Mohd Nuzulshafwan. Hadir sama beberapa pegawai lain. Semoga saudara Nuzulshafwan cepat sembuh dan dapat hadir bertugas seperti biasa.