Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

Majlis Bersama Jabatan (MBJ-PSMZA) adalah bertujuan untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara pihak pengurusan PSMZA dan pihak pekerja dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan.

Fungsi MBJ-PSMZA adalah sebagai satu platform komunikasi untuk membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran, membolehkan pekerja mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja, menggalakkan pekerja menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan, untuk mendapat pengetahuan yang lebih mengenai pentadbiran dan mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi.

Untuk makluman satu platform rasmi MBJ-PSMZA telah diwujudkan bagi penyampaian dan hebahan maklumat berkaitan pelaksanaan dan pengurusan MBJ-PSMZA serta sebagai satu saluran mendapatkan maklumbalas/cadangan/isu daripada pihak pekerja.

Platform rasmi MBJ-PSMZA boleh dilayari melalui pada portal rasmi PSMZA https://psmza.mypolycc.edu.my iaitu pada Aplikasi online>Staf>Majlis Bersama Jabatan (MBJ) atau link https://sites.google.com/psmza.edu.my/mbj-psmza

Semoga platform ini akan memberi manfaat kepada semua warga PSMZA dan membantu meningkatkan kecemerlangan PSMZA seterusnya Menjadi Peneraju Institusi TVET yang Unggul.

Daripada
Pengerusi
Majlis Bersama Jabatan (Wakil Pekerja)
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin