CSR: KHIDMAT BANTUAN KEPAKARAN DALAM PENGHASILAN PRODUK SIMEN FERRO (KERUSI) KEPADA KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN, TERENGGANU
Program tersebut berlangsung pada 20-21 Oktober 2023 bertempat di Bengkel Bata, JKA. Program ini mendapat kerjasama Pusat latihan keusahawanan Pelajar (PLKPP) simen ferro dalam melaksanakan perkongsian ilmu bertemakan simen ferro kepada pelajar Kolej Vokasional Dungun, Terengganu. Program ini diketuai oleh Puan Nor Hayati Ab. Rahim selaku pengarah program dan penceramah Hasrul Yanddi Ab. Hamid serta Khairul Nizam Kamaruddin. Ia telah dihadiri oleh 20 orang peserta dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Dungun dan juga pelajar PSMZA yang mengambil kursus DCC10022: Brickworks and Concrete Laboratory bagi memberikan peluang kepada pelajar mengembangkan kemahiran yang dipelajari kepada komuniti setempat. Program CSR berbentuk hands-on ini memberikan pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran membuat binaan (kerusi) berkonsepkan simen ferro yang dikenali sebagai bahan binaan yang murah, mudah dikerjakan, tahan lasak, tidak memerlukan teknologi yang tinggi serta mudah diselenggara. Program selama dua hari ini berjaya menghasilkan sepuluh buah kerusi berkonsep simen ferro. Program ini juga dilihat memberikan impak yang tinggi dalam menyebar luas kemahiran kepada komuniti setempat dan juga memenuhi keperluan KPI 4: Program pembangunan pelajar bercirikan holistik, teras 1: menghasilkan graduan TVET berkualiti, Kamus KPI JPPKK 2023 serta teras 1: program CSR dalam bidang TVET, Pelan Tindakan PSMZA 2023.