18.10.2023 - KARNIVAL SUKAN KOMUNITI SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PSMZA 2023
Hari ini telah berlangsung Karnival Sukan Komuniti Sempena Hari Sukan Negara Peringkat PSMZA 2023. Program berlangsung di Kompleks Sukan PSMZA bermula pukul 7.30 pagi hari ini. Sebanyak enam acara sukan yang telah dilaksanakan dan disertai lebih 300 orang kakitangan PSMZA dalam kalangan pensyarah dan staf sokongan. Program tersebut adalah anjuran bersama Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan, Sekretariat Rakan Muda PSMZA, S Club dan PUSPANITA PSMZA. Program disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Hajah Zamra Derahman. Turut hadir, Pegawai Belia & Sukan Daerah Dungun, Puan Wan Norhayati Wan Ibrahim. Turut serta ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Dr Mohd Hafizil Mat Yasin. Syabas serta setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat PSMZA. Teruskanlah mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.