18.10.2023 - LATIHAN PASCA BANJIR TVET 2023 POLYCC ZON KELANTAN / TERENGGANU
Program tersebut telah diadakan di Politeknik Jeli Kelantan (PJK) pada 14-17 Oktober 2023. Program yang bertujuan untuk persediaan menghadapi musim tengkujuh di semenanjung Malaysia itu telah disertai 49 pelajar dari PolyCC Zon Kelantan dan Terengganu. Tiga orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan seorang Pegawai Hal Ehwal Pelajar PSMZA telah hadir bagi mewakili PSMZA ke program ini. Program yang bertemakan CSR PASCA BANJIR TECHNICAL SERVICE “PRIHATIN KOMUNITI” yang semestinya mendekatkan lagi para siswa kepada masyarakat disamping mempromosi PolyCC. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Dr. Haji Mohd Daud Isa, Pengarah Politeknik Jeli Kelantan. Banyak pengisian yang berfaedah disediakan kepada para peserta termasuklah ceramah keselamatan dan kecemasan, khidmat kaunsling "Cakna PolyCC", asas peralatan elektrik, bengkel servis perlatan elektrik dan pengujian sistem pendawaian elektrik. Semoga program ini dapat mencapai objektifnya untuk meningkatkan kemahiran pelajar menerusi latihan secara hands on,
selain untuk memberi nilai tambah kepada pelajar sebelum meneruskan aktiviti kesukarelawanan.